Saraf dan Endokrin



Sistem koordinasi pada manusia terdiri atas sistem saraf dan sistem hormon (endokrin). Walaupun keduanya sama-sama bertugas mengatur keserasian kerja organ tubuh, namun keduanya mempunyai beberapa persamaan dan perbezaanSistem koordinasi terbahagi kepada dua bahagian . Sistem saraf merupakan salah satu sistem koordinasi tubuh. Selain sistem saraf, terdapat sistem hormon yang mengendalikan sistem fisiologi tubuh . Sistem saraf merupakan salah satu sistem koordinasi yang bertugas menyampaikan rangsangan dari reseptor untuk direspon oleh tubuh . Dalam sistem koordinasi memerlukan tiga komponen agar fungsi koordinasi dapat berfungsi dengan baiknya . Antaranya ialah reseptor, konduktor dan efektor . 

i) Reseptor
- Reseptor ialah bahagian tubuh yang berfungsi sebagai penerima rangsangan. Bahagian berfungsi penerima rangsangan tersebut adalah indra .

ii) Konduktor
- Konduktor adalah bahagian tubuh yang berfungsi sebagai penghantar rangsangan. Bahagian tersebut adalah sel-sel saraf(neuron) yang membentuk sistem saraf. Sel-sel sarafini adalah yang berfungsi membawa rangsangan ke pusat saraf ada juga yang membawa pesan dari pusat saraf .


iii) Efektor
- Fektor adalah bahagian tubuh yang menanggapi rangsangan iaitu otot dan kelenjar (kelenjar endokrin dan kelenjar eksokrin) .





Dendrite - berfungsi sebagai penghantar impulse ke sel badan.

Cell body - bahagian terbesar sel saraf yang mempunyai nukleus dan cytoplasm.

Axon - menghantar impuls dari sel badan ke sel saraf yang lain. Axon ini diselaputi lapisan lemak atau lebih dikenali sebagai myelin sheath, manakala bahagian yang tidak diselaputi myelin sheath dikenali sebagai 'node of ranvier'.


SISTEM SARAF

Sistem saraf merupakan sistem koordinasi yang berbentuk penghantaran impuls dan memberikan arahan untuk memberi tanggapan rangsangan .



CEREBRUM
- Frontal lobe : Pusat pengendali fikiran
- Parietal lobe : Pusat pengendali kerja kulit
- Temporal lobe : Pusat pendengaran dan verbal
- Occipital lobe : Pusat penglihatan


SISTEM ENDOKRIN
Sistem endokrin adalah sistem yang mengawal kelenjar tanpa saluran(ductless) yang menghasilkan hormon. Hormon ini berfungsi untuk merangsang proses jangka masa panjang seperti pertumbuhan, metabolisme,pembiakan dan pertahanan badan.







Comments

Popular posts from this blog

Latihan Aerobik dan Latihan Anaerobik

BRAIN